Buat pertama kalinya, pada 7 Februari
2015, Perkim Secretariat dan ICT Students’ Society(ICTSS) IIUM Gombak telah
berkolaborasi dalam menganjurkan program kemanusian, IIUM Flood Relief yang
bertempat di Kampung Tebal, Temerloh Pahang. Program ini bertujuan membantu
mangsa-mangsa banjir yang terjejas dalam bencana banjir baru-baru ini.
|
ICTSS & Perkim Secretariat |
Kami seramai 43 orang pelajar,
diiringi seorang pensyarah Kuliyyah ICT dan seorang wakil daripada CENSERVE
bertolak dari UIA pada jam 8.10 pagi. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam
melalui lebuhraya pantai timur.
Sampai di sana, kami dipecahkan
kepada 3 kumpulan. Kumpulan pertama ditugaskan untuk membersihkan masjid.
Kumpulan kedua pula bahagian tanah perkuburan, manakala kumpulan ketiga kawasan
rumah penduduk. Kampung Tebal terletak bersebelahan dengan Sungai Pahang, iaitu
sungai yang terpanjang di semenanjung Malaysia. Menurut ketua kampung, Tuan Haji
Nasir, bah yang melanda pada tahun ini adalah yang terburuk sejak tahun 1971.
|
Bilik Stor -Sebelum |
|
Bilik Stor -Sebelum |
|
Bilik Stor -Sebelum |
|
Pembersihan kubur |
Keadaan kampung pada masa itu
boleh dikatakan hampir pulih kembali, atas bantuan pihak lain yang datang
sebelum ini. Selain itu, kami juga telah menyampaikan sumbangan berbentuk
barangan asas kepada penduduk kampung.
|
Barang-barang sumbangan |
|
Pemberian sumbangan |
|
Bilik stor-selepas |
|
Bilik stor-selepas |
|
Bilik stor-Selepas |
|
Tamat program...Alhamdulillah |
|
Penyerahan sumbangan |
Sesungguhnya ujian itu datang
dari Allah dan salah satunya adalah untuk menguji keimanan seseorang.
Beruntunglah mereka yang sabar dan redha akannya.Allah berfirman dalam
Al-Quran;-
Demi
sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada
musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari
harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada
orang-orang Yang sabar: (Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh
sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan
Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali."
(Al-Baqarah:155-156)