Assalamualaikum...
Pada 18 april yang lepas, Sekretariat Perkim telah mengadakan satu ceramah yang disampaikan oleh Xifu Nasir (Pensyarah Kuliyyah IRKHS CFS IIUM) , Adam Eh (Magician, Student, Chinese Muslim), dan Alex Chai yang bertajuk "HIBURAN, HIDAYAH DAN HIJRAH" . Ceramah yang disampaikan didalam bahasa melayu itu menceritakan mengenai kehidupan mereka sebelum dan selepas memeluk islam. Ianya dihadiri oleh pelajar-pelajar UIA dan tetamu jemputan pada malam itu adalah abang Zainudin selaku wakil dari Censerve. Selain itu, terdapat persembahan magic dari bro. Adam Eh yang begitu menarik perhatian ramai. Disini terdapat beberapa keping gambar sepanjang berlangsungnya program tersebut. Selebihnya akan dimuat naik kemudian. Akhir kata, terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Labels
Showing posts with label Training. Show all posts
Showing posts with label Training. Show all posts
23/04/2013
26/09/2012
Explorace Kembara Menghayati Ciptaan ALLAH 2012
Oleh : MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. (al-Baqarah: 164)
Lantaran itu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan dengan kerjasama Perkim Cawangan Bukit Damansara, Kelab-kelab Perkim dan Sahabat Perkim menganjurkan ‘Explorace: Kembara Menghayati Ciptaan Allah’ bertempat di Masjid Saidina Umar al-Khattab, Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 23 September 2012 lalu.
Penyelaras Program, Muhammad Farhan Tee Abdullah berkata, program itu diadakan untuk melahirkan rasa kesyukuran dalam setiap diri peserta terhadap ciptaan Allah SWT di samping mengeratkan ukhwah dan silaturahim sesama mereka.
“Selain itu, program itu mencorakkan konsep ‘Islam Itu Persaudaraan’ dengan melibatkan peserta daripada pelbagai kaum dan negara. Pertandingan itu berkonsepkan penjelajahan atau lebih dikenali sebagai explorace di mana setiap peserta kumpulan perlu menjawab soalan berkaitan agama dan melengkapkannya di keseluruhan hentian,” jelas Farhan.
“Seramai 90 peserta menyertai program itu terdiri daripada Saudara Muslim tempatan dan luar negara serta masyarakat setempat,” ulas beliau. Farhan yang juga Pegawai Dakwah dan Penyelidikan Perkim berkata, setiap kumpulan diwakili seramai lima orang ahli yang perlu melalui sepuluh hentian, di mana setiap hentian dibekalkan soalan fardu ain, fiqh, tauhid, sirah, akhlak dan sebagainya. Peserta juga dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori Saudara Muslim dan kategori umum.
Katanya lagi, peserta memerlukan kekuatan tenaga fizikal dan kecerdasan mental untuk menjelajah ke semua hentian yang jaraknya empat kilometer.
Pengarah Dakwah Perkim Kebangsaan, Hj. Abdul Hanif Harun sempat memberikan ucapan selepas sesi bergambar sebagai tanda penghargaan kepada peserta yang terlibat.
Selain itu, beliau turut melahirkan rasa bersyukur melalui kerjasama antara pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan program itu dan ianya diadakan untuk manfaat semua pihak semata-mata dalam mencari keredaan Allah SWT.
Peserta menjawab soalan sambil menikmati keindahan alam semulajadi di sekitar Bukit Damansara yang menghijau dan permai. Ada di antara mereka berkesempatan mengambil gambar di kawasan yang cantik dan menarik serta keunikan kediaman yang tersergam indah.
Peserta kemudiannya diberi santapan rohani disampaikan oleh finalis Imam Muda Astro Oasis, Ustaz Khairul Azhar Ghazali setelah mereka menyelesaikan tugasan di semua hentian. Beliau dalam ceramahnya berasa gembira kerana diberi peluang menyertai bersama Saudara Muslim, mahasiswa dan masyarakat setempat dalam penjelajahan kembara tersebut.
Jelas Azhar lagi, peserta haruslah tingkatkan ilmu tauhid dan jihad serta memperkasakan dengan melaksanakan seperti disyariatkan agar Islam tidak dihina dan ditindas oleh musuh-musuh Islam menerusi karikatur, gambar, blog serta filem. “Kebenaran al-Quran membuktikan bahawa terdapat sebelas planet di sistem solar angkasa lepas tetapi musuh-musuh Islam masih menyangkal dan tidak mempercayainya sehingga penemuan planet ke sepuluh pada tahun 2001,” jelasnya.
“Abu Hurairah r.a mengkhabarkan kepada Miqdad bahawa Rasulullah SAW memberitahu, sesiapa yang berfikir satu saat maka itu lebih baik daripada beribadat setahun. Ibnu Abbas pula mengkhabarkan kepada Miqdad bahawa Rasulullah SAW memberitahu sesiapa yang berfikir satu saat maka ia terlebih baik daripada beribadat tujuh puluh tahun,” kata Azhar. “Perkhabaran dua sahabat tersebut mengelirukan Miqdad lantas beliau menemui Rasulullah SAW dan meminta Abu Hurairah dan Ibnu Abbas memberi penjelasan. Abu Hurairah memikirkan tentang kejadian tujuh petala langit dan tujuh petala bumi manakala Ibnu Abbas memikirkan tentang kematian,” sambung beliau.
Majlis diserikan lagi dengan penyampaian hadiah berbentuk hamper dan pingat kepada pemenang disampaikan oleh Pengerusi Masjid Saidina Umar al-Khattab, Bukit Damansara, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Zainol Arif. Juara kategori Saudara Muslim dimenangi oleh Nor Azlin Abdullah daripada kumpulan Mutiara manakala juara kategori umum diraih oleh Jamil Omar daripada kumpulan al-Hijrah.
Dr. Zainol dalam ucapan perasmiannya menyeru peserta menuntut ilmu pengetahuan serta meningkatkan iman dan amal. Beliau mengajak peserta memotivasikan diri dengan menggunakan tiga konsep muka iaitu muka penutur, muka jam dan muka pintu manakala konsep PIE iaitu merancang, melaksana dan muhasabah serta bersyukur dengan deria anugerah ciptaan-Nya iaitu deria dengar, lihat, hidu, sentuh dan rasa.
Peserta dijamu makan tengahari dan menunaikan solat Zohor berjemaah selepas tamatnya program.
APA KATA MEREKA :
JAMIL OMAR, 46
Program yang bermanfaat yang mencergaskan fizikal sekali gus mencerdaskan minda dalam menikmati dan menghayati alam semulajadi serta menjawab soalan yang mengingatkan kembali kepada Allah Yang Maha Pencipta.
WAN NUR ARIFAH WAN TAIB, 24
Program harus diadakan dengan kepelbagaian aktiviti dan soalan yang lebih mencabar untuk menarik minat masyarakat Islam khususnya Saudara Muslim dan mahasiswa agar masa yang terluang dipenuhi dengan aktiviti berfaedah.
MOHAMMAD IKRAM JAMAL, 15
Program itu secara tidak langsung bukan sahaja sebagai satu riadah yang sihat, bahkan program itu membawa kita melihat kebesaran Allah dalam meningkatkan ilmu agama melalui soalan di setiap hentian. Perkim harus mengadakan program seumpama ini seperti di hutan, kawasan berbukit atau sungai supaya menambahkan lagi keberkesanan dalam mengharungi rintangan dan cabaran.
26/04/2012
Celebrity Talk : Being a Better Me
Tuesday: 24 APRIL 2012, PERKIM Secretariat had organized “CELEBRITY
TALK : BEING A BETTER
ME” in collaboration with KELAB RAKAN
SISWA ISLAH MALAYSIA (KARISMA), MAHALLAH SUMAYYAH, MAHALLAH BILLAL and
RAUDHATUS SAKINAH at Experimental Hall. Registration started at 8.00pm as soon
as the audiences came. There is no problem occurs during registration, but the
number of audiences that registered is more than 600. So it is out of our
expectation. Therefore, the seats in the hall were not enough for all the
audiences and some of them had to sit on the floor and on the both sides of the
stage. While waiting for the talk to begin, the audiences were entertained by
videos related to the topic of celebrity talk.
The program started at 9.00pm with opening remarks by
emcee and Quran recitation. Then, Pyan (DJ IKIM.FMas the moderator of forum took place and the celebrity
talk begin. First speaker was Waheeda
(Actress/ singer), second speaker was Ummi Roses (Director of Raudhatus Sakinah)
and third speaker was Sham Kamikaze
(Guitaris).
The forum was divided into 3 rounds. The first round
was about the speakers’ latest progress in their career. The second one was
about turning point of their change into better person. And the third round was
about something they can get from the turning point of the changing to better
person. At the end of our program, Sham Kamikaze was entertained the audiences
with his guitar performance.
16/04/2012
Training of Da'ie
Saturday : 14 April 2012 PERKIM
Secretariat in collaboration with PERKIM Ampang
and PERKIM Selangor was
organizing “Training of Da’i :
Methodology of Da’wah” in order to take the proper da`wah training
and do this work in a methodical way on behalf of all other members of the
community.
This program was handled by line up committee of PERKIM at Main
Auditorium, and it was participated by IIUM students.
This program was started with registration of
students and breakfast at 8 am. Then, Slot 1 started at 9.05 am. This slot, entitled “FAQs
on Religions”, is
presented by Bro. Lim Jooi Soon. During this slot, Bro. Lim was giving an idea
how to explain and answer the entire trick question from non-Muslim. For
example, if non-Muslim asks “Why Allah created pig if Muslim cannot eat it?”
and the answer is “Not all things in this world is created to be eaten”. Allah
also created stone, but stone is created not as food.” The feedback from the
audience is positive because they asked a lot of questions during this slot.
The next slot is divided into two sessions.
First session is presented by Bro. Firdaus Wong Wai Hung for the topic “Chinese
Beliefs”. Bro Firdaus tells about the Chinese terms of worship, food and
culture. Next, the second session continues with the title "Christian
History" presented by Bro Mohd Amin Yaacob. This slot is about the origin
of the Christians.
During
Bible session, Bro. Lim is giving the input about the weaknesses of that book.
Finally, slot 3 is presented by Bro
Lim Soon Jooi. This slot is the most attractive slot because in this slot,
participants are given the opportunity to hold, studying and reading the Bible.
In this slot, brother Lim Soon Jooi distinguishes between the contents of the
Bible with the Quran. This program finished by 5 pm.
10/03/2012
Induction Perkim Secretariat IIUM Gombak
Assalamualaikum buat seluruh umat islam..
Buat pertama kali PERKIM SEKRETARIAT UIAM GOMBAK mengadakan Induction bersama semua peringkat pengurusan bagi menyelaraskan program bagi tahun ini. Beberapa perkara telah dibincang untuk menyusun penjalanan program tahun ini. Harapan daripada induction ini, pengurusan dapat menyusun segala penjalanan sekretariat.
thanks for all....
Subscribe to:
Posts (Atom)














