Showing posts with label PERKIM HQ. Show all posts
Showing posts with label PERKIM HQ. Show all posts

13/02/2015

Majlis Sambutan Hari Perkim

Warga Perkim IIUM Gombak telah dijemput bagi memeriahkan Majlis Sambutan Hari Perkim yang berlansung di Auditorium Memorial Tunku Abdul Rahman pada 12 Februari 2015. Majlis bermula pada pukul 5 petang dengan ketibaan ahli-ahli Perkim dan tetamu kehormat.

Majlis diteruskan dengan ucapan Setiausaha Agung Kehormat Yang Berbahagia Tan Sri Dr MOhd Yusof Noor dan ucapan dari Yang Dipertua Perkim iaitu Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad. Majlis seterusnya berlansung dengan penyerahan dokumen PERKIM kepada Arkib Negara Malaysia untuk disimpan dalam bentuk digital.

Selepas itu, bacaan Yaasin, tahlil dan doa selamat diadakan dan majlis diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah.

Majlis bersurai sekitar jam 8.30 malam selepas lawatan ke galeri Tunku dan Islam.

Kami sertakan beberapa imej sekitar Majlis Sambutan Ahli Perkim;


Add caption

Bersama wakil Perkim Negeri Sembilan

Ahli-ahli Perkim IIUM Gombak







16/02/2014

IFTAR 2013 - "MAMPU" BERSAMA YANG DI PERTUA PERKIM -

Pada 13 Julai 2013 bersamaan 4 Ramadhan 1434H, telah berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa Bersama Yang Dipertua Perkim Y.A.BHG. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Kelab Perkim Universiti (MAMPU) anjuran PERKIM Kebangsaan. 
Majlis yang diadakan di Dewan Merak Kayangan,Balai Felda,Kuala Lumpur ini turut dihadiri oleh beberapa orang wakil  PERKIM SECRETARIAT IIUM GOMBAK.

Antara wakil2 PERKIM SECRETARIAT IIUM GOMBAK 
Majlis IFTAR ini dimulakan dengan bacaan ayat suci Al Quran oleh adik Muhammad Amirul Munir Azlin.
Majlis di teruskan lagi dengan sesi tayangan multimedia aktiviti aktiviti Kelab PERKIM Universiti.
Majlis seterusnya dirasmikan oleh Yang DiPertua PERKIM Y.A.BHG.  TUN DR . MAHATHIR MOHAMAD.
Antara peringatan beliau dalam ucapanya adalah agar para mahasiswa terus menyampaikan dakwah dan kebajikan kepada masyarakat.


wakil PERKIM SECRETARIAT IIUM GOMBAK bergambar kenangan bersama wakil PERKIM CFSIIUM

Presiden PERKIM CFSIIUM PJ, Founder PERKIM IIUM GOMBAK, Presiden IIUM GOMBAK











29/07/2012

Anugerah Seri Cemerlang



27 Julai 2012, bertempat di Dewan Merak KayanganBalai Felda, Kuala Lumpur, PERKIM Sekretariat UIAM Gombak, akhirnya menggondol satu anugerah  di Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Anugerah Sri Cemerlang. Anugerah ini merupakan satu bentuk penghargaan kepada kelab Perkim Universiti di seluruh Malaysia. Menariknya, kelab Perkim UIAM Gombak yang baru setahun beroperasi di UIAM berjaya menjulang anugerah Projek Terbaik 2012.


Pada malam yang sungguh bahagia itu, yang Dipertua PERKIM, iaitu Y. A. Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad berjaya menghadirkan dirinya selaku perasmi majlis. Beliau juga diberi mandat selaku penyampai anugerah berkenaan di samping menyampaikan pesanan dan amanat kepada semua ahli PERKIM Universiti yang hadir. Kata-kata Semangat dan motivasi yang diberikan berjaya menyemarakkan lagi usaha para da’ie daripada PERKIM dalam mengembangkan syiar islam.


Majlis bermula dari pukul 6.30 petang lagi di mana kehadiran seramai kira-kira 1000 orang yang terdiri daripada ahli PERKIM universiti dan barisan kakitangan PERKIM. Manakala UIAM Gombak menghantar 18 orang ahli mereka ke sana. Puan Martinelli Hashim, selaku Ketua Pusat Tanggungjawab Sosial Universiti (CENSERVE) hadir selaku wakil pegawai Universiti dan juga penasihat kepada Kelab PERKIM ini.

Kelab PERKIM UIAM Gombak berjaya membawa pulang wang sebanyak RM2,500 beserta trofi Projek Terbaik. Presidennya, iaitu saudara Ismat Arif Abu Hassan dengan bangganya menjulang trofi berkenaan di hadapan Tun Dr. Mahathir.

“Syukur Alhamdulillah, kami sendiri tidak menyangka bahawa kami, Kelab PERKIM UIAM Gombak berjaya mendapat anugerah seumpama ini. Kami baru setahun bersama UIAM dan CENSERVE, namun berkat kerjasama semua terutama daripada CENSERVE, kami mampu untuk melakukan sesuatu,” jelas Ismat dengan bangganya kepada penulis.

Menurutnya lagi, dengan anugerah ini Kelab PERKIM UIAM Gombak akan pasti lebih bermotivasi dalam menyampaikan dakwah Islamiyah kepada semua kumpulan sasaran mereka iaitu Orang Asli, golongan Muallaf dan golongan yang tidak berupaya.

Manakala anugerah-anuerah lain seperti Kelab PERKIM Harapan jatuh kepada UNIKL Melaka, anugerah Kepimpinan Terbaik milik Universiti Utara Malaysia (UUM), anugerah Kelab PERKIM Terbaik pula diungguli oleh KUIS dengan masing-masing membawa pulang wang sebanyak RM2,500 beserta trofi, kecuali KUIS yang membawa pulang wang sebanyak RM3,000 beserta trofi. Dengan pengiktirafan ini, maka ia sedikit sebanyak pasti menyemarakkan lagi semangat anak-anak muda dalam menyampaikan rsialah Islam kepada seluruh umat di tanah air.