Sebagai teaser untuk tenure baru Perkim Secretariat 14/15, kami ingin membawakan satu kisah pengalaman peserta mission 4 life anjuran kami, Perkim Secretariat bersama MRC Mahallah Faruq IIUM.
Assalamuakaikum.
Pertama kali menjejakkan kaki ke
wilayah Thailand, perasaan kami bercampur baur. Ada yang gembira, suka, takut
teruja..paling ketara penat dan lapar. Apa taknya, terperap 7 ke 8 jam dalam
bas, hanya berbekalkan roti dan air mineral. Paling tidak pau kacang yang
dibeli di r&r Tapah.
Para peserta program M4L |
Short Briefing |
Sampai saja di sempadan, kami cap
passport di imigrisen, dan terus punggah barang-barang dalam van sewa. Suasana
yang kami lihat kiri kanan sepanjang jalan tak jauh beza macam Malaysia. Dari
segi alam semulajadi, bentuk muka bumi dan hijau pokok dan daun masih sama. Mungkin
kelainan dari segi sosial dan cara hidup komuniti.
Perjalanan dari sempadan ke
wilayah Satun mengambil masa lebih kurang 30 minit. Satun ni sebenarnya adalah
salah satu daripada 77 buah wilayah yang ada di Thailand. Pekan satun ni boleh dikatakan macam bandar Taiping
di Perak, ataupun Batu Pahat di Johor. Banyak kedai-kedai, kawasan perumahan
dan sekolah di sini. Nak kata luas pun tak boleh, sebab tak habis explore masa
tu.
Kampung yang kami tinggal ni
namanya Kg Han watang(kot…). Uniknya, rumah dalam kampung tu, bukan di
pedalaman sana, tapi terletak tepi jalan besar je. Masjid pula jadi centre kami
berkumpul. Depan masjid adalah rumah ustaz Abdullah, ustaz yang guide kami
sepanjang program. Btw, ustaz ni memang hebat, belajar al-azhar dan boleh
bertutur dalam beberapa bahasa.
Sampai di masjid, tanpa disangka,
kami disambut dengan begitu meriah. Memang rezeki kami bila nampak makcik-makcik
tengah siapkan makanan. Alhamdulillah. Kami sampai lebih kurang jam 6 waktu
Thailand, setengah jam sebelum maghrib. Untuk pengetahuan, masa di Satun lewat
sejam dari Malaysia. Untuk pengguna smartphone, automatik jam anda akan
berubah. Bila dah habis makan, kami terus dibahagikan kepada keluarga angkat
masing-masing. 2 orang peserta akan tinggal dengan satu keluarga. Ada yang
dapat rumah family yang jauh, yang beruntung, rumah sebelah masjid je. Lagi
satu benda yang kami tak sangka, bila dapat tahu, ada family yang langsung tak
tahu bertutur melayu, mahupun inggeris. Sememangnya satu cabaran besar. Bayangkan,
4 hari 3 malam duduk dengan keluarga angkat, dan bertutur dalam bahasa isyarat.
Challenge accepted!
Hari pertama, selepas subuh di
masjid, kami ada sesi dialog dengan pegawai agama satun disana. Pengisian
beliau yang agak menarik tentang Islam di Satun. Antara poin-poin beliau
adalah;-
1)Satun dahulunya dalam kedah, dulu dipanggil setoi, tapi
sebab masuk dialek siam, jadi Satun.
2) Bila dah bercampur siam dengan melayu, bahas melayu makin
pupus dan pupus. Kini hanya beberapa kampung saja, yang penduduknya masih cakap
melayu. Untuk kembalikan bahasa melayu,
kena bermula dengan kanak-kanak.
3) Nama orang Thailand ada 2, nama islam dan nama keluarga.
Untuk urusan rasmi biasanya menggunakan nama keluarga.
4) Majlis agama islam satun juga ada menganjurkan kursus
kahwin & kursus haji.
5)Di satun saja, terdapat 245 masjid yang berdaftar. 18 buah
sekolah agama.
6)Hujung minggu, mereka perlu hadir ke sekolah tadika(
Istilah di malaysia, seperti sekolah agama). Bermakna, kanak-kanak bersekolah
setiap hari. Namun, waktu persekolahan mereka bermula 8.30, dan tamat pada
waktu tengahari.
7) Walaupun majoritinya Islam(85 %), masalah paling ketara
anak muda di sana adalah daun ketom.
8) Ada beberapa ulama islam tersohor lahir dari wilayah satun(Nama tidak
dapat dipastikan)
9)Juga ada kes di majlis agama islam satun, yang mana
pasangan dari malaysa kahwin disana.
Usai
mendengar perkongsian dari beliau, kami teruskan aktiviti iaitu gotong royong membersihkan
masjid.
Petang
kami diteruskan dengan aktiviti motivasi bersama para pelajar Sekolah rendah
disana. Sebelum bermula, kami disajikan persembahan tarian ala-ala puteri
kayangan daripada kumpulan kanak-kanak comel =) . Selepas itu, dalam masa sejam,
kami menyediakan modul “bangunan idaman”. Para pelajar dibantu oleh
fasilitator, perlu membina bangunan daripada straw, kemudian menerangkan konsep
bangunan yang boleh dikaitkan dengan kehidupan. Seperti biasa, bahasa menjadi
penghalang, nasib baik ada penterjemah. Neng Song Sam !
Bersama para pelajar dan guru |
Sesi pembentangan |
Hari
kedua bermula, kami mengadakan aktiviti jelajah paya baku. Ia merupakan salah
satu puca pendapatan penduduk di sini. Ketam dan udang juga menjadi tarikan
utama kawasan kampung ini. Bermula dengan demonstrasi pembuatan sabun dan
syampu, kemudian penghasilan kraftangan sehinggalah kami dibawa ke dalam hutan
paya bakau untuk melihat sendiri keindahan alam ciptaan tuhan. Subhanallah. Sungguh,
mengenal alam menenangkan hati.
Anak-anak Satun |
Games |
Petangnya, kami dijemput untuk satu perlawanan persahabatan bola sepak dengan penduduk sana. Sepanjang 40 minit perlawanan,game boleh dikatakan sengit, namun kami tewas dengan keputusan 6 berbalas 1.
Malam
itu adalah malam yang amat besar buat kami dan seluruh penduduk kampung. Menjadi
tradisi mereka mengadakan majlis maulidurrasul setiap tahun. Satu kelainan buat
kami pada malam tu. Biasa kalau di Malaysia, majlis mauled akan diisi dengan program
seperti ceramah, atau forum perdana. Di Satun, mereka mengamalakan tradisi
bertukar-tukar hadiah. Setiap orang perlu bawa satu hadiah, bernilai lebih daripada
20 baht. Satu lagi kelainan pada malam itu adalah, kami dikehendaki untuk
membuat persembahan. Lagu Nur syahadah dan Keluarga Bahagia didendangkan
sebagai hadiah perpisahan daripada kami pada malam terakhir.
Persembahan |
Bersama keuarga angkat |
Abg Sayed (pengiring), bersama abg Roseli |
Aiskrim santan |
Setakat ini saja pengembaraan kami, dalam program Mission 4 Life, Kami berharap sangat, jikalau ada rezeki, untuk datang lagi ke sana di lain masa...Semoga ukhwah yang dibina, kekal subur selamanya.