Assalamualaikum,
Sebagai teaser untuk tenure baru Perkim Secretariat 14/15, kami ingin membawakan satu kisah pengalaman peserta mission 4 life anjuran kami, Perkim Secretariat bersama MRC Mahallah Faruq IIUM.
Assalamuakaikum.
Pertama kali menjejakkan kaki ke
wilayah Thailand, perasaan kami bercampur baur. Ada yang gembira, suka, takut
teruja..paling ketara penat dan lapar. Apa taknya, terperap 7 ke 8 jam dalam
bas, hanya berbekalkan roti dan air mineral. Paling tidak pau kacang yang
dibeli di r&r Tapah.
|
Para peserta program M4L |
|
Short Briefing |
Sampai saja di sempadan, kami cap
passport di imigrisen, dan terus punggah barang-barang dalam van sewa. Suasana
yang kami lihat kiri kanan sepanjang jalan tak jauh beza macam Malaysia. Dari
segi alam semulajadi, bentuk muka bumi dan hijau pokok dan daun masih sama. Mungkin
kelainan dari segi sosial dan cara hidup komuniti.
Perjalanan dari sempadan ke
wilayah Satun mengambil masa lebih kurang 30 minit. Satun ni sebenarnya adalah
salah satu daripada 77 buah wilayah yang ada di Thailand. Pekan satun ni boleh dikatakan macam bandar Taiping
di Perak, ataupun Batu Pahat di Johor. Banyak kedai-kedai, kawasan perumahan
dan sekolah di sini. Nak kata luas pun tak boleh, sebab tak habis explore masa
tu.
Kampung yang kami tinggal ni
namanya Kg Han watang(kot…). Uniknya, rumah dalam kampung tu, bukan di
pedalaman sana, tapi terletak tepi jalan besar je. Masjid pula jadi centre kami
berkumpul. Depan masjid adalah rumah ustaz Abdullah, ustaz yang guide kami
sepanjang program. Btw, ustaz ni memang hebat, belajar al-azhar dan boleh
bertutur dalam beberapa bahasa.
|
Ustaz Abdullah, ketua komuniti |
Sampai di masjid, tanpa disangka,
kami disambut dengan begitu meriah. Memang rezeki kami bila nampak makcik-makcik
tengah siapkan makanan. Alhamdulillah. Kami sampai lebih kurang jam 6 waktu
Thailand, setengah jam sebelum maghrib. Untuk pengetahuan, masa di Satun lewat
sejam dari Malaysia. Untuk pengguna smartphone, automatik jam anda akan
berubah. Bila dah habis makan, kami terus dibahagikan kepada keluarga angkat
masing-masing. 2 orang peserta akan tinggal dengan satu keluarga. Ada yang
dapat rumah family yang jauh, yang beruntung, rumah sebelah masjid je. Lagi
satu benda yang kami tak sangka, bila dapat tahu, ada family yang langsung tak
tahu bertutur melayu, mahupun inggeris. Sememangnya satu cabaran besar. Bayangkan,
4 hari 3 malam duduk dengan keluarga angkat, dan bertutur dalam bahasa isyarat.
Challenge accepted!
Hari pertama, selepas subuh di
masjid, kami ada sesi dialog dengan pegawai agama satun disana. Pengisian
beliau yang agak menarik tentang Islam di Satun. Antara poin-poin beliau
adalah;-
1)Satun dahulunya dalam kedah, dulu dipanggil setoi, tapi
sebab masuk dialek siam, jadi Satun.
2) Bila dah bercampur siam dengan melayu, bahas melayu makin
pupus dan pupus. Kini hanya beberapa kampung saja, yang penduduknya masih cakap
melayu. Untuk kembalikan bahasa melayu,
kena bermula dengan kanak-kanak.
3) Nama orang Thailand ada 2, nama islam dan nama keluarga.
Untuk urusan rasmi biasanya menggunakan nama keluarga.
4) Majlis agama islam satun juga ada menganjurkan kursus
kahwin & kursus haji.
5)Di satun saja, terdapat 245 masjid yang berdaftar. 18 buah
sekolah agama.
6)Hujung minggu, mereka perlu hadir ke sekolah tadika(
Istilah di malaysia, seperti sekolah agama). Bermakna, kanak-kanak bersekolah
setiap hari. Namun, waktu persekolahan mereka bermula 8.30, dan tamat pada
waktu tengahari.
7) Walaupun majoritinya Islam(85 %), masalah paling ketara
anak muda di sana adalah daun ketom.
8) Ada beberapa ulama islam tersohor lahir dari wilayah satun(Nama tidak
dapat dipastikan)
9)Juga ada kes di majlis agama islam satun, yang mana
pasangan dari malaysa kahwin disana.
Usai
mendengar perkongsian dari beliau, kami teruskan aktiviti iaitu gotong royong membersihkan
masjid.
Petang
kami diteruskan dengan aktiviti motivasi bersama para pelajar Sekolah rendah
disana. Sebelum bermula, kami disajikan persembahan tarian ala-ala puteri
kayangan daripada kumpulan kanak-kanak comel =) . Selepas itu, dalam masa sejam,
kami menyediakan modul “bangunan idaman”. Para pelajar dibantu oleh
fasilitator, perlu membina bangunan daripada straw, kemudian menerangkan konsep
bangunan yang boleh dikaitkan dengan kehidupan. Seperti biasa, bahasa menjadi
penghalang, nasib baik ada penterjemah. Neng Song Sam !
|
Para pelajar yang ceria |
|
Bersama para pelajar dan guru |
|
Sesi pembentangan |
Malam
pula, kami dijemput menghadiri kenduri tahlil di kawasan kejiranan. Memang satu
pengalaman baru, datang kenduri orang Thailand. Kelainan budaya disana, doa tahlil
dibacakan mengikut kumpulan. Contohnya, bila anda datang, anda perlu masuk
kedalam rumah dan tahlil, kemudian keluar makan. Kemudian, akan ada kumpulan
lain yang baru datang, masuk membaca doa tahlil.
Hari
kedua bermula, kami mengadakan aktiviti jelajah paya baku. Ia merupakan salah
satu puca pendapatan penduduk di sini. Ketam dan udang juga menjadi tarikan
utama kawasan kampung ini. Bermula dengan demonstrasi pembuatan sabun dan
syampu, kemudian penghasilan kraftangan sehinggalah kami dibawa ke dalam hutan
paya bakau untuk melihat sendiri keindahan alam ciptaan tuhan. Subhanallah. Sungguh,
mengenal alam menenangkan hati.
Aktiviti
petang diisi dengan aktiviti bersama keluarga angkat, masing-masing dibawa
berjalan-jalan sekitar satun. Ada yang ke pekan, ada yang ke jeti Tammalang,
melihat ketam besar da Pulau Langkawi dan sebagainya. Malam pula, kami dijemput
pula kenduri tahlil, tapi di rumah yang lain, Satu yang istimewa disini adalah
nasinya. Nasi minyak yang kami makan memang sedap. Betullah, siam ni memang
terkenal dengan berasnya. Satu lagi, kat sini, tiada mat rempit. Orang sini kalau bawa motor atau kereta memang berhemah.
Hari
ketiga, merupakan antara hari yang dinantikan. Boleh dikatakan Hari sukan kot.Kami
mengadakan aktiviti family day. Pada mulanya, memang merisaukan sebab cuti,takut-takut,
tiada peserta. Tapi, orang-orang satun ni memang sempoi. Alhamdulillah, ramai
yang datang walaupun kanak-kanak. Sepanjang game yang kami buat, mereka nampak
gembira. Happy sangat, termasuk para komiti. Acara kemuncak dah tentu tarik tali(Barang
paling annoying sekali nak bawa dari Malaysia) . Keputusannya, Thailand 3,
Malaysia 0.
|
Anak-anak Satun |
|
Games |
Petangnya,
kami dijemput untuk satu perlawanan persahabatan bola sepak dengan penduduk
sana. Sepanjang 40 minit perlawanan,game boleh dikatakan sengit, namun kami
tewas dengan keputusan 6 berbalas 1.
Malam
itu adalah malam yang amat besar buat kami dan seluruh penduduk kampung. Menjadi
tradisi mereka mengadakan majlis maulidurrasul setiap tahun. Satu kelainan buat
kami pada malam tu. Biasa kalau di Malaysia, majlis mauled akan diisi dengan program
seperti ceramah, atau forum perdana. Di Satun, mereka mengamalakan tradisi
bertukar-tukar hadiah. Setiap orang perlu bawa satu hadiah, bernilai lebih daripada
20 baht. Satu lagi kelainan pada malam itu adalah, kami dikehendaki untuk
membuat persembahan. Lagu Nur syahadah dan Keluarga Bahagia didendangkan
sebagai hadiah perpisahan daripada kami pada malam terakhir.
|
Antara hidangan istimewa |
|
Persembahan |
Hari ahad iaitu hari terakhir kami disini. Sungguh, hati terasa berat untuk meninggalkan bumi Satun. Paling ketara, hendak meninggalkan keluarga angkat kami, yang bersungguh-sungguh melayan kami sepanjang 4 hari.
|
Bersama keuarga angkat |
|
Abg Sayed (pengiring), bersama abg Roseli |
Sebelum keluar dari Thailand, kami sempat singgah ke beberapa tempat tarikan di sini. Pertama, pasar pagi yang menjual pelbagai barangan basah dan kering. Suasana pasar sama macam pasar tani kalau di Malaysia. Satu makanan yang mesti dicuba kalau berkunjung ke Thailand selain Tom Yam adalah aiskrim santan...memang sedap. Kemudian, kami bergerak ke air terjun di sana. ternyata, flora dan fauna disana masih lagi terpelihara. Sekitar jam, 2.30 petang, kami bergerak pulang ke sempadan untuk urusan pasport pula.
|
Aiskrim santan |
Kebetulan, pasar wang prachan dan wang kelian dibuka hari ini, memang kawasan ni boleh diklasifikasikan syurga membeli belah,Dengan harga yang murah, banyak barang yang dijual di sini. Kalau kehabisan matawang Thai, kita masih boeh menggunakan matawang Malaysia.
Setakat ini saja pengembaraan kami, dalam program Mission 4 Life, Kami berharap sangat, jikalau ada rezeki, untuk datang lagi ke sana di lain masa...Semoga ukhwah yang dibina, kekal subur selamanya.