Para peserta bersiap sedia untuk menaiki lori bagi memasuki kampung. Keadaan jalang ke Pos Pelantok yang sempit dan mencabar membataskan untuk bas memasukinya kecuali bagi lori dan kenderaan pacuan empat roda. Perjalan untuk masuk ke kampung tersebut agak mencabar di sebabkan jalannya yang berbukit dan peserta terpaksa berhimpit himpit di dalam lori.
Para peserta tiba di Pos Pelantok dan bersama sama mengangkat barang naik ke balai sewang.
Ketibaan para peserta disambut meriah oleh adik adik Pos Pelantok
Bergotong royong menyiapkan tempat program untuk keselesaan berkampung selama seminggu di sana. :)
Sekitar aktiviti hari pertama di sana adalah memasak,melayani adik adik dan makan bersama mereka. Aktiviti di teruskan dengan perbincangan segala bermasahan serta rencana bersama para peserta untuk memastikan program berjalan lancar
Pada hari kedua di sana, team module dengan kerjasama team sports telah mengadakan School Attack di sekalah rendah kampung tersebut. Objektif utama slot ini di adakan adalah untuk mendekati adik adik di sana di samping memberikan mereka suntikan semangat sempena peperiksaan upsr yang bakal di duduki.