13/02/2015

Majlis Sambutan Hari Perkim

Warga Perkim IIUM Gombak telah dijemput bagi memeriahkan Majlis Sambutan Hari Perkim yang berlansung di Auditorium Memorial Tunku Abdul Rahman pada 12 Februari 2015. Majlis bermula pada pukul 5 petang dengan ketibaan ahli-ahli Perkim dan tetamu kehormat.

Majlis diteruskan dengan ucapan Setiausaha Agung Kehormat Yang Berbahagia Tan Sri Dr MOhd Yusof Noor dan ucapan dari Yang Dipertua Perkim iaitu Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad. Majlis seterusnya berlansung dengan penyerahan dokumen PERKIM kepada Arkib Negara Malaysia untuk disimpan dalam bentuk digital.

Selepas itu, bacaan Yaasin, tahlil dan doa selamat diadakan dan majlis diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah.

Majlis bersurai sekitar jam 8.30 malam selepas lawatan ke galeri Tunku dan Islam.

Kami sertakan beberapa imej sekitar Majlis Sambutan Ahli Perkim;


Add caption

Bersama wakil Perkim Negeri Sembilan

Ahli-ahli Perkim IIUM Gombak







08/02/2015

IIUM Flood Relief

Buat pertama kalinya, pada 7 Februari 2015, Perkim Secretariat dan ICT Students’ Society(ICTSS) IIUM Gombak telah berkolaborasi dalam menganjurkan program kemanusian, IIUM Flood Relief yang bertempat di Kampung Tebal, Temerloh Pahang. Program ini bertujuan membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas dalam bencana banjir baru-baru ini.
ICTSS & Perkim Secretariat
Kami seramai 43 orang pelajar, diiringi seorang pensyarah Kuliyyah ICT dan seorang wakil daripada CENSERVE bertolak dari UIA pada jam 8.10 pagi. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam melalui lebuhraya pantai timur. 


                 Sampai di sana, kami dipecahkan kepada 3 kumpulan. Kumpulan pertama ditugaskan untuk membersihkan masjid. Kumpulan kedua pula bahagian tanah perkuburan, manakala kumpulan ketiga kawasan rumah penduduk. Kampung Tebal terletak bersebelahan dengan Sungai Pahang, iaitu sungai yang terpanjang di semenanjung Malaysia. Menurut ketua kampung, Tuan Haji Nasir, bah yang melanda pada tahun ini adalah yang terburuk sejak tahun 1971.
Bilik Stor -Sebelum

Bilik Stor -Sebelum

Bilik Stor -Sebelum



Pembersihan kubur
                 Keadaan kampung pada masa itu boleh dikatakan hampir pulih kembali, atas bantuan pihak lain yang datang sebelum ini. Selain itu, kami juga telah menyampaikan sumbangan berbentuk barangan asas kepada penduduk kampung.
Barang-barang sumbangan


Pemberian sumbangan

Bilik stor-selepas

Bilik stor-selepas

Bilik stor-Selepas

Tamat program...Alhamdulillah

Penyerahan sumbangan

Sesungguhnya ujian itu datang dari Allah dan salah satunya adalah untuk menguji keimanan seseorang. Beruntunglah mereka yang sabar dan redha akannya.Allah berfirman dalam Al-Quran;-

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar: (Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali."
                                                                                                                 (Al-Baqarah:155-156)



05/02/2015

Mission 4 Life

Assalamualaikum,
Sebagai teaser untuk tenure baru Perkim Secretariat 14/15, kami ingin membawakan satu kisah pengalaman peserta mission 4 life anjuran kami, Perkim Secretariat bersama MRC Mahallah Faruq IIUM.

Assalamuakaikum.
Pertama kali menjejakkan kaki ke wilayah Thailand, perasaan kami bercampur baur. Ada yang gembira, suka, takut teruja..paling ketara penat dan lapar. Apa taknya, terperap 7 ke 8 jam dalam bas, hanya berbekalkan roti dan air mineral. Paling tidak pau kacang yang dibeli di r&r Tapah.


Para peserta program M4L

Short Briefing
Sampai saja di sempadan, kami cap passport di imigrisen, dan terus punggah barang-barang dalam van sewa. Suasana yang kami lihat kiri kanan sepanjang jalan tak jauh beza macam Malaysia. Dari segi alam semulajadi, bentuk muka bumi dan hijau pokok dan daun masih sama. Mungkin kelainan dari segi sosial dan cara hidup komuniti.

Perjalanan dari sempadan ke wilayah Satun mengambil masa lebih kurang 30 minit. Satun ni sebenarnya adalah salah satu daripada 77 buah wilayah yang ada di Thailand.  Pekan satun ni boleh dikatakan macam bandar Taiping di Perak, ataupun Batu Pahat di Johor. Banyak kedai-kedai, kawasan perumahan dan sekolah di sini. Nak kata luas pun tak boleh, sebab tak habis explore masa tu.
Kampung yang kami tinggal ni namanya Kg Han watang(kot…). Uniknya, rumah dalam kampung tu, bukan di pedalaman sana, tapi terletak tepi jalan besar je. Masjid pula jadi centre kami berkumpul. Depan masjid adalah rumah ustaz Abdullah, ustaz yang guide kami sepanjang program. Btw, ustaz ni memang hebat, belajar al-azhar dan boleh bertutur dalam beberapa bahasa.
Ustaz Abdullah, ketua komuniti 

Sampai di masjid, tanpa disangka, kami disambut dengan begitu meriah. Memang rezeki kami bila nampak makcik-makcik tengah siapkan makanan. Alhamdulillah. Kami sampai lebih kurang jam 6 waktu Thailand, setengah jam sebelum maghrib. Untuk pengetahuan, masa di Satun lewat sejam dari Malaysia. Untuk pengguna smartphone, automatik jam anda akan berubah. Bila dah habis makan, kami terus dibahagikan kepada keluarga angkat masing-masing. 2 orang peserta akan tinggal dengan satu keluarga. Ada yang dapat rumah family yang jauh, yang beruntung, rumah sebelah masjid je. Lagi satu benda yang kami tak sangka, bila dapat tahu, ada family yang langsung tak tahu bertutur melayu, mahupun inggeris. Sememangnya satu cabaran besar. Bayangkan, 4 hari 3 malam duduk dengan keluarga angkat, dan bertutur dalam bahasa isyarat. Challenge accepted!

Hari pertama, selepas subuh di masjid, kami ada sesi dialog dengan pegawai agama satun disana. Pengisian beliau yang agak menarik tentang Islam di Satun. Antara poin-poin beliau adalah;-

1)Satun dahulunya dalam kedah, dulu dipanggil setoi, tapi sebab masuk dialek siam, jadi Satun.

2) Bila dah bercampur siam dengan melayu, bahas melayu makin pupus dan pupus. Kini hanya beberapa kampung saja, yang penduduknya masih cakap melayu.  Untuk kembalikan bahasa melayu, kena bermula dengan kanak-kanak.

3) Nama orang Thailand ada 2, nama islam dan nama keluarga. Untuk urusan rasmi biasanya menggunakan nama keluarga.
4) Majlis agama islam satun juga ada menganjurkan kursus kahwin & kursus haji.
5)Di satun saja, terdapat 245 masjid yang berdaftar. 18 buah sekolah agama.
6)Hujung minggu, mereka perlu hadir ke sekolah tadika( Istilah di malaysia, seperti sekolah agama). Bermakna, kanak-kanak bersekolah setiap hari. Namun, waktu persekolahan mereka bermula 8.30, dan tamat pada waktu tengahari.
7) Walaupun majoritinya Islam(85 %), masalah paling ketara anak muda di sana adalah daun ketom. 
8) Ada beberapa ulama islam  tersohor lahir dari wilayah satun(Nama tidak dapat dipastikan)
9)Juga ada kes di majlis agama islam satun, yang mana pasangan dari malaysa kahwin disana.

                Usai mendengar perkongsian dari beliau, kami teruskan aktiviti iaitu gotong royong membersihkan masjid.

                Petang kami diteruskan dengan aktiviti motivasi bersama para pelajar Sekolah rendah disana. Sebelum bermula, kami disajikan persembahan tarian ala-ala puteri kayangan daripada kumpulan kanak-kanak comel =) . Selepas itu, dalam masa sejam, kami menyediakan modul “bangunan idaman”. Para pelajar dibantu oleh fasilitator, perlu membina bangunan daripada straw, kemudian menerangkan konsep bangunan yang boleh dikaitkan dengan kehidupan. Seperti biasa, bahasa menjadi penghalang, nasib baik ada penterjemah. Neng Song Sam !
Para pelajar yang ceria


Bersama para pelajar dan guru

Sesi pembentangan
                Malam pula, kami dijemput menghadiri kenduri tahlil di kawasan kejiranan. Memang satu pengalaman baru, datang kenduri orang Thailand. Kelainan budaya disana, doa tahlil dibacakan mengikut kumpulan. Contohnya, bila anda datang, anda perlu masuk kedalam rumah dan tahlil, kemudian keluar makan. Kemudian, akan ada kumpulan lain yang baru datang, masuk membaca doa tahlil.
                Hari kedua bermula, kami mengadakan aktiviti jelajah paya baku. Ia merupakan salah satu puca pendapatan penduduk di sini. Ketam dan udang juga menjadi tarikan utama kawasan kampung ini. Bermula dengan demonstrasi pembuatan sabun dan syampu, kemudian penghasilan kraftangan sehinggalah kami dibawa ke dalam hutan paya bakau untuk melihat sendiri keindahan alam ciptaan tuhan. Subhanallah. Sungguh, mengenal alam menenangkan hati.





                Aktiviti petang diisi dengan aktiviti bersama keluarga angkat, masing-masing dibawa berjalan-jalan sekitar satun. Ada yang ke pekan, ada yang ke jeti Tammalang, melihat ketam besar da Pulau Langkawi dan sebagainya. Malam pula, kami dijemput pula kenduri tahlil, tapi di rumah yang lain, Satu yang istimewa disini adalah nasinya. Nasi minyak yang kami makan memang sedap. Betullah, siam ni memang terkenal dengan berasnya. Satu lagi, kat sini, tiada mat rempit. Orang sini kalau bawa  motor atau kereta memang berhemah.  


                Hari ketiga, merupakan antara hari yang dinantikan. Boleh dikatakan Hari sukan kot.Kami mengadakan aktiviti family day. Pada mulanya, memang merisaukan sebab cuti,takut-takut, tiada peserta. Tapi, orang-orang satun ni memang sempoi. Alhamdulillah, ramai yang datang walaupun kanak-kanak. Sepanjang game yang kami buat, mereka nampak gembira. Happy sangat, termasuk para komiti. Acara kemuncak dah tentu tarik tali(Barang paling annoying sekali nak bawa dari Malaysia) . Keputusannya, Thailand 3, Malaysia 0.

Anak-anak Satun

Games

                                      
                Petangnya, kami dijemput untuk satu perlawanan persahabatan bola sepak dengan penduduk sana. Sepanjang 40 minit perlawanan,game boleh dikatakan sengit, namun kami tewas dengan keputusan 6 berbalas 1.

                Malam itu adalah malam yang amat besar buat kami dan seluruh penduduk kampung. Menjadi tradisi mereka mengadakan majlis maulidurrasul setiap tahun. Satu kelainan buat kami pada malam tu. Biasa kalau di Malaysia, majlis mauled akan diisi dengan program seperti ceramah, atau forum perdana. Di Satun, mereka mengamalakan tradisi bertukar-tukar hadiah. Setiap orang perlu bawa satu hadiah, bernilai lebih daripada 20 baht. Satu lagi kelainan pada malam itu adalah, kami dikehendaki untuk membuat persembahan. Lagu Nur syahadah dan Keluarga Bahagia didendangkan sebagai hadiah perpisahan daripada kami pada malam terakhir.

Antara hidangan istimewa
             
Persembahan
               Hari ahad iaitu hari terakhir kami disini. Sungguh, hati terasa berat untuk meninggalkan bumi Satun. Paling ketara, hendak meninggalkan keluarga angkat kami, yang bersungguh-sungguh melayan kami sepanjang 4 hari. 
              
Bersama keuarga angkat


Abg Sayed (pengiring), bersama abg Roseli

             Sebelum keluar dari Thailand, kami sempat singgah ke beberapa tempat tarikan di sini. Pertama, pasar pagi yang menjual pelbagai barangan basah dan kering. Suasana pasar sama macam pasar tani kalau di Malaysia. Satu makanan yang mesti dicuba kalau berkunjung ke Thailand selain Tom Yam adalah aiskrim santan...memang sedap. Kemudian, kami bergerak ke air terjun di sana. ternyata, flora dan fauna disana masih lagi terpelihara. Sekitar jam, 2.30 petang, kami bergerak pulang ke sempadan untuk urusan pasport pula. 

Aiskrim santan


             Kebetulan, pasar wang prachan dan wang kelian dibuka hari ini, memang kawasan ni boleh diklasifikasikan syurga membeli belah,Dengan harga yang murah, banyak barang yang dijual di sini. Kalau kehabisan matawang Thai, kita masih boeh menggunakan matawang Malaysia. 

            Setakat ini saja pengembaraan kami, dalam program Mission 4 Life, Kami berharap sangat, jikalau ada rezeki, untuk datang lagi ke sana di lain masa...Semoga ukhwah yang dibina, kekal subur selamanya.