20/06/2013

HEART TO HEART KG. TANJUNG GAHAI

Assalamualaikum... pada 11-14 jun 2013 yang lalu, Sekretariat Perkim IIUM Gombak telah mengadakan program "HEART TO HEART" yang bertempat di Kampung Tanjung Gahai, Kuala lipis, Pahang. Ini merupakan program anak angkat yang julung kalinya dianjurkan oleh Perkim IIUM. Berikut merupakan serba sedikit perjalanan program : 


Pada 11 jun 2013 bersamaan hari selasa, kami telah tiba di kampung Tanjung Gahai pada jam 11.40 pagi setelah 2 jam 30 minit perjalanan. Kemudian, dari kawasan letak bas, kami menaiki kereta secara bergilir-gilir untuk masuk ke dalam kampung tersebut disebabkan keadaan jalan yang kecil dan tidak mengizinkan bas untuk masuk kedalamnya. 




Kami berkumpul di masjid untuk makan dan solat zohor sebelum diminta untuk berkumpul di balai raya pada jam 2.30 petang untuk sesi taklimat, majlis pembukaan serta sesi penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat masing-masing yang datangnya dari 3 kampung yang berbeza iaitu kg. Tanjung Gahai, Agropolitan, Bertam.








 Setelah itu, semua dikehendaki pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing dan berkumpul semula pada waktu maghrib untuk solat berjemaah, tazkirah, solat isya’, seterusnya taklimat program untuk keesokan harinya.

          Pada hari kedua, kami dikehendaki berkumpul di hadapan Balai Raya pada jam 8.30 pagi untuk aktiviti gotong royong setelah sarapan dirumah keluarga angkat masing-masing. Sebelum bergerak ke tempat gotong royong yang terletak di kampung sebelah, kami telah mendengar sedikit taklimat dan nasihat dari abang Sabri yang merupakan salah seorang daripada ahli jawatankuasa kampung tersebut.



 Setelah itu kami bergerak ke tempat gotong-royong yang terbahagi kepada dua tempat iaitu kawasan surau dan dewan orang ramai yang terletak di kampung Agropolitan. 













Pada  jam 12.30 tengahari, kami pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing untuk makan tengahari, solat zohor dan berkumpul semula di dewan pada jam 5.00 petang untuk aktiviti sukaneka bersama kanak-kanak dan orang dewasa. 








Sukaneka tamat pada jam 6.30 petang dan kami pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing untuk persiapan diri sebelum berkumpul semula di Masjid untuk solat berjemaah, tazkirah dan taklimat untuk program pada keesokan harinya. Sementara itu, 8 orang daripada unit ‘Training and Module’ telah pergi ke Sekolah Kebangsaan Tanjung Gahai untuk slot motivasi bersama pelajar-pelajar asrama di sekolah tersebut. Pada jam 10.00 malam, kami pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing.



Pada hari ketiga, kami telah mengikut keluarga angkat masing-masing bekerja pada waktu pagi bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah serta menimba pengalaman baru. 



Pada jam 2.00 petang, kami dikehendaki berkumpul di Masjid untuk sesi pemberiaan sumbangan kepada orang kampung yang terpilih. Kami telah dibahagikan kepada 5 kumpulan kerana pemberiaan sumbangan tersebut akan dijalankan di 5 buah kampung yang berbeza iaitu, kg. Tanjung Gahai, Agropolitan, Bertam, Dusun Pak Senang dan Koyan. Pemberiaan tersebut diberikan dari rumah ke rumah. Semasa sesi pemberiaan sumbangan dijalankan, kami sempat mengadakan sedikit temu bual bersama mereka  yang menerima sumbangan untuk mengetahui sumber ekonomi dan keadaan mereka selama mereka menetap selama mereka menetap di kampung tersebut. Kebanyakan dari mereka menyatakan bahawa sumber kewangan mereka bergantung kepada harga pasaran getah kerana di kawasan tersebut kaya dengan ladang getah. Selain itu, bagi penduduk di kg Tanjung Gahai, sumber air mereka adalah daripada gunung yang terletak kira-kira 8 km dari kampung tersebut. Sekiranya berlaku aktiviti pembalakan, sumber air mereka akan tercemar.









Sementara pemberian sumbangan dijalankan, unit katering telah mengadakan rewang bersama penduduk kampung bagi menyediakan juadah makan malam pada majlis penutup yang akan berlangsung pada waktu malam. 


Pada jam 5.00 petang, kami semua telah diundang oleh JKKK Kampung Tanjung Gahai untuk menghadiri majlis bersama YB kawasan tersebut.




 Setelah itu kami pulang dan berkumpul semula pada jam 7.30, untuk solat berjemaah dan bacaan yassin. Selepas menunaikan solat isya’, kami telah mengadakan majlis penutup serta penyerahan kembali anak-anak angkat oleh keluarga angkat masing-masing. Kemudian, semua tetamu dijamu dengan juadah makan malam sebelum semuanya pulang kira-kira jam 11.00 malam.





Pada hari keempat, kami semua diberikan ruang meluangkan masa bersama keluarga angkat masing-masing  dan kami dikehendaki berkumpul di kawasan tempat letak bas sebelum pulang ke UIA pada jam 11.00 pagi. Sebelum menaiki bas untuk pulang, sesi bersalam-salaman bersama semua ibu bapa angkat dan sesi fotografi telah diadakan sebagai kenangan.